top of page
  • Black Facebook Icon
Search

MAJLIS BANDARAN LAUT

  • Writer: DAKWATstory
    DAKWATstory
  • Apr 16, 2018
  • 1 min read

"Kalau didarat ada tong sampah sebagai tempat buang sampah,kenapa di laut tak boleh ada TONG SAMPAH khas ?Dengan masalah yang semakin lama semakin meruncing setiap tahun,ciptaan khas unik telah dihasilkan oleh dua rakyat australia ,ANDREW TURTON dan PETE CEGLINSKI."



"SEABIN" dikenali alat pungut sisa buangan laut mempunyai fungsi cukup menarik.Ciptaan seabin ni cukup berbeza dengan tong sampah darat yang memerlukan manusia untuk buang sendiri sampah ke dalamnya.


JADI,bagaimana ia berfungsi?


Dengan nilai bentuk silinder dan mempunyai ruang terbuka(bulat) di bahagian atas,ia berkemampuan menyedut serpihan sampah yang berada di kawasan sekitar.Ia berupaya terapung dan menarik apa saja bahan dalam pelbagai saiz.


Air laut yang disedut dalam tong mengalir melalui saluran bersambung gerus ke pam air seterusnya masuk semula ke dalam laut.Sampah yang disedut akan keluar kerana tersekat pada jaring.


Yang paling unik sekali ia boleh menyedut bahan plastik paling kecil berukuran dua milimeter.Setiap hari dianggarkan 1.5 kilogram (kg) sampah berjaya di sedut malah ia mampu mencecah berat 12 KG.Berkemampuan menyingkirkan minyak,ia menambah lagi nilai pada projek "seabin".


Seabin tidak boleh diletakkan di mana-mana tempat.Pengkalan khas tempat kapal layar,lebih dikenali sebagai MARINA merupakan lokasi yang sesuai bagi mengelakkan seabin daripada terumbang-ambing semasa melakukan tugasnya.





 
 
 

Comments


bottom of page